Saturday 30 July 2011

Waktu bersahur dan kelebihannya


Dari Anas r.a bahawa Rasullulah SAW bersabda: "Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan."    (al-Bukhari dan Muslim)

Bersahur hukumnya sunnat. Walaupun Sunat tetapi besar manfaatnya.
1) Mendapat tenaga untuk berpuasa pada esok hari
2) Mendapat pahala dan keredhaan Allah kerana ia merupakan sunnah Nabi SAW

Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun hanya mengambil sedikit sahaja dari makanan dan minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecerdasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinnya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya denga niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.

Waktu bersahur,
1) Waktu bersahur bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar, namun disunatkan untuk       mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 15 minit sebelum muazin atau bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quaran.

2) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak dan enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan. Menurut Ibnu Hajar Al-Asgalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

3) Sahur membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

4) Waktu bersahur merupakan waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT

5) Ketika sahur boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air sahaja. Namun tidak digalakkan untuk mengambil makanan atau minuman yang telalu banyak atau sedikit.  Memadai dengan anggaran yang secukupnya. Pengambilan yang telalu banyak atau pun sedikit akan mengganggu kesihatan.

Sunday 17 July 2011

Bangunan-Bangunan Tertinggi Di Dunia

1) BURJ DUBAI TOWER (DUBAI U.A.E) 2,??? ft.


2) FREEDOM TOWER (NEW YORK CITY) 1,776 ft.



3) Taipei 101 (Taiwan) 1,670 ft


4) SHANGHAI WORLD FINANCE CENTER 1,614 ft.
5) PETRONAS TWIN TOWER (KUALA LUMPUR) 1,483 ft,


6) JIN MAO TOWER (SHANGHAI) 1,381 ft.




7) TWO INTERNATIONAL FINACE CENTER (HONG KONG) 1,362 ft.
8) EMPIRE STATE BUILDING (NEW YORK CITY) 1250 ft.

RAHSIA MEMOTONG KUKU MENGIKOT HARI


Kuku Pendek Bagus Untuk Kesihatan

~RAHSIA MEMOTONG KUKU~

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
...
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Saturday 16 July 2011

Kalah Bermaruah

Walau pun kalah ditangan Liverpool, tetapi barisan skuad bola sepak negara harus dipuji kerana telah mempamirkan corak permainan yang menarik. Walaupun tumpas 3-6, tetapi jaringan skuad negara lebih menarik berbanding dengan pasukan Liverpool dari mata kasa.Goal skuad negara dijaringkan oleh ketua pasukan Sapik Rahim dan Safee Sali. Syabas Buat Pasukan Bola Sepak Negara.

Pesanan Ibu dan Abah

IBU, AKU, DAN ABAH
Hari ini merupakan hari yang mendebarkan, kerana laporan ujian bulanan akan diberi guru kelas skejap lagi. Hatiku berasa gelisah kerana risau akan markah keputusan yang aku akan dapat untuk bulan ini. "Arghh aku dah agak dah ini akan berlaku, aku dah jawab dengan bersungguh-sungguh tapi kenapa markah aku masih rendah". Macam mana akun nak bagi tau ibu dan abah nie. Dengan ibu aku x takut sangat, tapi dengan abah aku rase macam mimpi ngeri kalau aku bagi tau  makah ujian aku bulan ini. Dengan hati yang tenang aku dengan selamba memberi kad laporan ujian tahunan kepada abah. Abah aku marah aku dengan teruk sekali sampai menangis aku dibuatnya, nyaris aku dipukul dengan tali pinggang tapi ibu halang perbuatan abah, ibu kata kat ayah "abang anak kita dah bace buku dah abang saye tengok, hari-hari saya tengok dia belajar, nie sume salah saya bang, saya x dapat ajar dia sebab saya pun x tahu membaca bang". Bila dengar ibu cakap macam 2 abah terus berhenti nk pukul aku.Ibu menangis time 2, aku rasa serba salah sebab x berlajar dengan lebih rajin lagi. Lalu dengan rela hati abah terus sain kad laporan bulanan ujian aku.

Keesokkan harinya aku pun pergi kesekolah seperti biasa, tapi hari ini ibu ikot sekali anta aku ke sekolah, aku rase seronok sekali sebab dah lame ibu x anta kau kesekolah. Disebab ibu ikot sekali anta kesekolah aku kenelah duduk kat raga moto 2. Sampai jer kat sekolah aku pun turun dari motor, lalu ibu terus cium pipi ku, pas 2 aku plak cium pipi dan tangan dier, ibu pesan, Faris belajar rajin-rajin nyer nak, jangan jadi macam ibu ngan abah nie, aku mula menunduk muka rase kesal dapat markah yang teruk dalam ujian hari 2. Lepas ibu abiz cakap abah terus peluk aku, aku rase tenang bila abah peluk aku, kegarangan abah telah hilang dalam fikiran aku bila abah peluk aku, rase tenang sangat bila abah peluk aku, pas 2 abah pergi dekat-dekat kat telinga aku dan berbisik "Faris, abah minta maaf nyer, abah x sengaja semalam, abah sayang kan Faris,belajar sungguh-sungguh". Pas 2 aku cakap kat ibu ngan abah aku "baik Faris akan belajar bersungguh-sungguh lepas nie.

Lepas ibu ngan abah anta aku diorang pun pulang. Hari 2 aku rase best sangat sebab dapat kata semangat dari ibu ngan abah. Aku rase gembira sangat belajar pada hari itu. Tiba-tiba datang Guru Besar datang kekelas aku dan terus memanggil nama ku, "siapa pelajar yang bernama Faris". Lalu aku pun bagun, "Mari sini saya ada sesuatu nak cakap". Samapai jer dibilik Guru Besar dai pun cakap, "Faris ibu dan ayah kamu", tiba Encik Hasim(Guru Besar) diam, Encik Hasim datang kat aku dan terus peluk aku. Aku rase hairan kenape ramai sangat yang sayangkat aku hari ini. Tiba-tiba rase bangga. Encik Hasim berkata, "Faris Ibu dan Ayah kamu telah meninggal selepas anta kamu ke sekolah". Dari perassan bangga hati ku terus rase sedih, "tipu, Encik Hasim tipu, tadi baru je saya cium pipi ibu dan peluk abah, Encik Hasim tipu", aku terus menangis teresak-esak, aku ingat hari ini ramai yang sayang akan aku, tapi x sangka oarang yang aku sayan telah meninggalkkan aku wat selamamanya.

Tapi sekarang aku telah dewasa dan telah menjadi Jurutera yang berjaya dan telah berumah tangga, mempunyai isteri dan dua orang anak. Aku berjaya atas nasihat yang diberi oleh kedua orang tua ku Ibu dan abah. Pesanan terakhir mereka telah membatu aku mengharungi liku-liku kehidupan ini.

terima kasih IBU dan ABAH, semoga roh mereka dicucuri rahmatnya.

Malam Nisfu Syaaban

Nisfu syaaban 2011- Berikut adalah kelebihan dan keistimewaan bulan syaaban. Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.
Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.
Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sama seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah.
Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan.
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.
Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak puasa sunat, bertaubat dan beristiqhfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.
Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati membesar serta mengagungkan Allah.
Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah.
Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita.
Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud: “Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasaie)
Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.
Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.
Sumber: berita harian
Tags: nisfu syaaban 2011, malam nisfu syaaban 2011, kelebihan bulan syaaban, keistimewaan bulan syaaban, bulan rejab 2011, bulan syaaban 2011, nisfu syaban 2011, bulan syaban 2011

http://www.melvister.com/2011/07/nisfu-syaaban-2011-kelebihan-dan-keistimewaan-bulan-syaaban.html

Perlawanan kedua antara pasukan negara menentang pasukan daripada kelab gergasi Inggeris akan bermula pada 6.00 petang pada 15/07/2011. Saksikan perlawanan persahabatan ini secara live di asrto arena

Permulaan Untuk Pasukan Bola Sepak Negara

Bola itu bulat
Pasukan negara telah tewas pada pasukan Arsenal atau dikenali juga sebagai The Gunners dengan jaringan 0-4.
Kekalahan ini hanyalah titik tolak permulaan pasukan bola sepak negara sebelum menentang pasukan singapura dalam kelayakan piala dunia. Skuad kebangsaan akan berjumpa dengan pasukan Liverpool pada hari sabtu ini pada tarikh 16/07/2011 di Stadium Bukit Jalil.

Tuesday 12 July 2011

Harimau Malaya VS The Gunner (Malaysia Vs Arsenal)

   VS

Malaysia akan menentang The Gunner pada 13/07/2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Kata jurulatih negara Datuk K Rajagobal, pasukanya akan bermain secara menyerang dan menyerang.

Sebelum ini Malaysia pernah menewaskan pasukan Arsenal pada tahun 1975 dengan jaringan 2-0 di jaringkan oleh Mokhtar Dahari, tetapi kekecewaan The Gunners telah ditebus semula pada tahun 1999 dengan jaringan 2-0.

Perlawanan persahabatan antara Malaysia Dan Arsenal akan menjad medan terbaik kepada permain negara memperagakan aksi masing-masing dan melihat prestasi meraka.


Malaysia boleh...jangan katakan tidak boleh kalau belum melakukannya....bola itu bulat, apa-apa boleh berlaku...Malaysia boleh!!!!!!!

10 Sebab Doa Terhijab


Dari Shaqiq Al-Balkhi :
"Diceritakakan suatu hari Ibrahim Adham telah keluar berjalan-jalan di pasar Basrah, kemudian datang orang ramai kepadanya, Kata Mereka : "Kami telah berdoa kepada Allah tetapi tidak diperkenankan!" Kemudian berkata Ibrahim Adham : "Doamu terhijab disebabkan sepuluh perkara"

1) Kamu mengenali Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2) Kamu telah membaca Al-Quran (kitab Allah) tetapi kamu tidak mengamalkannya.
3) Kamu mendakwa Iblis itu musuh kamu, tetapi kamu mengikutinya.
4) Kamu mengaku bahawa kamu mencintai Rasul (Kekasih Allah) tetapi kamu Meninggalkan amalan dan
    sunnahnya.
5) Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6) Kamu mendakwa kamu takut kepada neraka Allah, tetapi kamu terus melakukan dosa.
7) Kamu mendakwa mati itu datang benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknnya.
8) Kamu sibuk menceritkakan tentang aib orang tetapi kamu lupa aib kamu.
9) Kamu makan rezeki Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya.
10) Kamu mengkebumikan jenazah tetapi kamu tidak mengambil iktibar dari semua itu

Renung-renungkan dan selamat beramal. 

Tuesday 5 July 2011

Kereta Kabel Bukit Bendera Kembali Beroperasi

Kereta Kabel Yang Baru Turun Dari Bukit

Landasan Kereta Kabel

Ketibaan Flatform Pertama

Pameran Kereta Kabel Yang Lama

Terowong Yang Telah Dibina Pada Tahun 1922

Alat Menarik Kereta Kabel

Perkhidmatan Kereta Buggy
Kepada yang belum lagi datang ke Bukit Bendera@Peneng Hill silalah datang ke sini, jangan lepaskan peluang bersama-sama dengan keluarga menikmati keindahan alam semula jadi di puncak Bukit Bendera. Tambang bagi dewasa sebanyak RM8.00 manakala bagi kanak-kanak dan pelajar yang membawa kad (matrik@pelajar)RM4.00. Kepada pelancong luar tambang yang dikenakan sebanyak RM30.00. Pengalaman manis yang anda dapat disini amatlah berbaloi...

Mahkluk Halus

Bukan Edit,Tapi Realiti
Gambar di atas menunjukkan salah satu mahklus halus yang mungkin berada disekeliling kita. Kejadian ini dialami oleh salah satu rakan saya. Ia berlaku dikampung Hairul Nizam(rakan saya) ketika menghadiri kenduri kahwin. Selepas penat-lelah membantu  menjayakan majlis tersebut, Hairul dan saudaranya yang lain berbual kosong menceritakan kisah masing-masing. Sampai satu tahap mereka pun tiada idea ingin meneruskan perbualan mereka, so Hairul nie pun mengeluarkan Phone dier untuk mengambil gambar secara rawak. Tanpa disedari dier telah tertangkap gambar mahluk halus. Selepas mengambil gambar Hairul pun melihat semula gambar-gambarnya tadi. disebabkan mereka tidur disitu pada malam itu, Hairul terpaksa buat-buat tidak tahu mengenai mahkluk halus itu supaya ia tidak menggangu mereka...

Gambar 3D Yang Menarik

Cermin Di Lantai

Gali-Gali

Hati-Hati Kerja Sedang DiJalankan

Bersedia...Terjun

Lautan Di Bandar
Gambar 3D yang menarik ini dihasilkan artistik-artistik yang pakar membuat lukisan 3D. Mereka hanya melukis dikaki lima sahaja. Untuk melihat gambar yang lebih menarik sila layari http://villageofjoy.com/amazing-3d-sidewalk-art/.

Sunday 3 July 2011

Malaysia Layak Ke Pusingan Seterusnya

Aidil Zafuan

Safiq Rahim



Walaupun Malaysia telah tumpas 2-3 di Taiwan dengan agregat 4-4, Malaysia telah layak kepusingan kelayakan Piala Dunia 2014 zon asia. Malaysia telah berjaya ke pusingan seterusnya melalui kelebihan jaringan di tempat lawan. Jaringan pertama menerusi Aidil Zafuan pada minit ke-7 melalui sepakan percuma. Jaringan kedua juga melalui sepakan percuma, kali ini di sempurnakan oleh Safiq Rahim. Manakala Taiwan mendapat dua jaringan melalui sepakkan penalti. Gol seterusnya yang dijaringkan oleh Taiwan apabila berlaku kekalutan barisan pertahanan Malaysia. Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu Singapura.


Tahniah Kepada Pasukan Malaysia....

Majulah Sukan Untuk Negara.....

Saturday 2 July 2011

Sungai Paling Aneh Didunia

Sungai dikatakan aneh kerana air sungai akan kelihatan hitam dibahagian bawah dan kelihatan jernih dibahagian atas. kejadian ini terjadi apabila air sungai melalui kawasan yang ditunjukkan didalam gambar diatas....
(just for fun....hehe)

Kenderaan Mesra Alam


Kepada semua yang menginginkan kenderaan mesra alam, nie adalah salah satu "design" yang akan dicipta masa akan datang dengan mengunakan kuasa solar dan hanya mengunakan bahan yang mudah didapati...
(just for fun....hehe)

Cara-Cara Bekerja Yang Betul

Kepada semua perkerja, renung-renungkan dan selamat beramal yer...
semoga anda semua tergolong dalam golongan yang Rajin Bercakap-Rajin Bekerja

Malaysia VS Taiwan


Air Zam-Zam






AIR ZAM-ZAM & KHASIATNYA

Pengarang kitab al-'Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zamzam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit buta. Dengan izin Allah, hamba itu sembuh.

Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, al-Fufti Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zamzam. Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang berkata:

"Hal ini dicuba oleh ulama dan golongan soleh untuk mencapai segenap hajat sama ada dunia atau pun akhirat. Alhamdullilah, semuanya akan tercapai."

Sahih Muslim pula pernah meriwayatkan betapa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zamzam.

Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr: "Siapakah yang memberi saudara makan?" Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zamzam. "Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus."

Ada juga asnad yang menerangkan betapa air zamzam adalah satu cara untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana disentuh al-Bazaar dan al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah pula yang memetik Jaabir Abd Allaah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda: "Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat." Al-Hakim pernah bercerita bahawa Abu Bakar Muhammad Jaafar menyebut kisah Ibnu Khuzaimah.

Mengikut ceritanya, ada orang bertanyakan daripada manakah Ibnu Khuzaimah mendapat pengetahuan. Ibnu Khuzaimah menjawab ringkas kononnya air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan.

Al-Jalal as-Suyuti turut menyebut pengalamannya meminum air zamzam sebelum bermusafir ke beberapa negara termasuk Yaman, India dan Maghribi. Ibnu Khuzaimah pernah berkata: "Apabila mengerjakan haji, saya minum air zamzam untuk beberapa perkara antaranya supaya lebih pakar dalam bidang ilmu fekah sehingga boleh mencapai martabat seperti Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.

Dalam bidang hadis pula, saya mahu mencapat taraf seperti al Hafiz Ibnu Hajar. Paling menarik, air zamzam sentiasa dapat menampung keperluan mereka yang mengerjakan haji biarpun angka meningkat daripada sekitar 400,000 pada tahun 1970-an kepada tiga juta orang lewat era 1990-an sehingga sekarang.

Berjuta lagi bertandang ke Makkah untuk menunaikan umrah khususnya pada bulan Ramadan. Sepanjang tempoh itu, ramai umat Islam minum air zamzam dan sebahagian besar membawa pulang air berkenaan ke tanah air masing-masing.-mesra.net

FAKTA Rahsia kelebihan air Zam zam:
*Air Zam zam oleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
*Air Zam zam diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
*Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
*Allah menjadikan air zam zam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. *Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
*Antara mata air syurga.
*Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
*Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
*Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
*Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
*Minuman orang mulia (al-abrar).
*Menambah kekuatan badan.