Tuesday 12 July 2011

10 Sebab Doa Terhijab


Dari Shaqiq Al-Balkhi :
"Diceritakakan suatu hari Ibrahim Adham telah keluar berjalan-jalan di pasar Basrah, kemudian datang orang ramai kepadanya, Kata Mereka : "Kami telah berdoa kepada Allah tetapi tidak diperkenankan!" Kemudian berkata Ibrahim Adham : "Doamu terhijab disebabkan sepuluh perkara"

1) Kamu mengenali Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2) Kamu telah membaca Al-Quran (kitab Allah) tetapi kamu tidak mengamalkannya.
3) Kamu mendakwa Iblis itu musuh kamu, tetapi kamu mengikutinya.
4) Kamu mengaku bahawa kamu mencintai Rasul (Kekasih Allah) tetapi kamu Meninggalkan amalan dan
    sunnahnya.
5) Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6) Kamu mendakwa kamu takut kepada neraka Allah, tetapi kamu terus melakukan dosa.
7) Kamu mendakwa mati itu datang benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknnya.
8) Kamu sibuk menceritkakan tentang aib orang tetapi kamu lupa aib kamu.
9) Kamu makan rezeki Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya.
10) Kamu mengkebumikan jenazah tetapi kamu tidak mengambil iktibar dari semua itu

Renung-renungkan dan selamat beramal. 

No comments:

Post a Comment