Saturday 2 July 2011

Air Zam-Zam






AIR ZAM-ZAM & KHASIATNYA

Pengarang kitab al-'Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zamzam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit buta. Dengan izin Allah, hamba itu sembuh.

Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, al-Fufti Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zamzam. Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang berkata:

"Hal ini dicuba oleh ulama dan golongan soleh untuk mencapai segenap hajat sama ada dunia atau pun akhirat. Alhamdullilah, semuanya akan tercapai."

Sahih Muslim pula pernah meriwayatkan betapa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zamzam.

Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr: "Siapakah yang memberi saudara makan?" Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zamzam. "Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus."

Ada juga asnad yang menerangkan betapa air zamzam adalah satu cara untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana disentuh al-Bazaar dan al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah pula yang memetik Jaabir Abd Allaah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda: "Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat." Al-Hakim pernah bercerita bahawa Abu Bakar Muhammad Jaafar menyebut kisah Ibnu Khuzaimah.

Mengikut ceritanya, ada orang bertanyakan daripada manakah Ibnu Khuzaimah mendapat pengetahuan. Ibnu Khuzaimah menjawab ringkas kononnya air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan.

Al-Jalal as-Suyuti turut menyebut pengalamannya meminum air zamzam sebelum bermusafir ke beberapa negara termasuk Yaman, India dan Maghribi. Ibnu Khuzaimah pernah berkata: "Apabila mengerjakan haji, saya minum air zamzam untuk beberapa perkara antaranya supaya lebih pakar dalam bidang ilmu fekah sehingga boleh mencapai martabat seperti Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.

Dalam bidang hadis pula, saya mahu mencapat taraf seperti al Hafiz Ibnu Hajar. Paling menarik, air zamzam sentiasa dapat menampung keperluan mereka yang mengerjakan haji biarpun angka meningkat daripada sekitar 400,000 pada tahun 1970-an kepada tiga juta orang lewat era 1990-an sehingga sekarang.

Berjuta lagi bertandang ke Makkah untuk menunaikan umrah khususnya pada bulan Ramadan. Sepanjang tempoh itu, ramai umat Islam minum air zamzam dan sebahagian besar membawa pulang air berkenaan ke tanah air masing-masing.-mesra.net

FAKTA Rahsia kelebihan air Zam zam:
*Air Zam zam oleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
*Air Zam zam diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
*Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
*Allah menjadikan air zam zam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. *Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
*Antara mata air syurga.
*Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
*Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
*Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
*Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
*Minuman orang mulia (al-abrar).
*Menambah kekuatan badan.

No comments:

Post a Comment