Saturday 30 July 2011

Waktu bersahur dan kelebihannya


Dari Anas r.a bahawa Rasullulah SAW bersabda: "Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan."    (al-Bukhari dan Muslim)

Bersahur hukumnya sunnat. Walaupun Sunat tetapi besar manfaatnya.
1) Mendapat tenaga untuk berpuasa pada esok hari
2) Mendapat pahala dan keredhaan Allah kerana ia merupakan sunnah Nabi SAW

Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun hanya mengambil sedikit sahaja dari makanan dan minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecerdasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinnya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya denga niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.

Waktu bersahur,
1) Waktu bersahur bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar, namun disunatkan untuk       mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 15 minit sebelum muazin atau bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quaran.

2) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak dan enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan. Menurut Ibnu Hajar Al-Asgalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

3) Sahur membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

4) Waktu bersahur merupakan waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT

5) Ketika sahur boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air sahaja. Namun tidak digalakkan untuk mengambil makanan atau minuman yang telalu banyak atau sedikit.  Memadai dengan anggaran yang secukupnya. Pengambilan yang telalu banyak atau pun sedikit akan mengganggu kesihatan.

No comments:

Post a Comment